Friday, July 30, 2010

i wanna be sexy!

hai semua. selamat kembali ke Semester baru. pejam celik, pejam celik,, dah pun 3 minggu semester bermula. semoga semangat yang berkobar-kobar untuk memanjat ke 1 tahap yang lebih tinggi atau jauh lebih tinggi ini,, kekal sampai ke hujung semester.

oh man,, nampak nya aku sudah lari dari niat asal aku tulis entry ni. haha. ok. aku nak cerita tentang kecantikan, kesempurnaan, kecacatan dan segala macam yang berkaitan. kaurang faham. aku pasti. oh come on. sekarang ini, aku ingat bila dah meningkat dewasa fikiran menjadi terbuka, rupanya tidak. rupa2nya sifat mendiskriminasi dan rasa menyampah dan benci dengan ketidaksempurnaan ini memang tidak lari dari fikrah manusia.

mana ada manusia yang sempurna. kalau dia cantik, mungkin dalam nya tidak. kalau dia rajin, mungkin rupanya tidak semenggah. mungkin dia kacak tapi dia gay. haha. x sempurna tu. jadi x perlulah nak descriminate dan memperlekeh tidak kesempurnaan orang. diri sendiri pun x lah semenggah mana ok. kalaulah peribahasa 'bagai katak bawah tempurung' itu adalah satu yang bersifat positif,, aku orang pertama yang nak jadi katak dan duduk di dalam nya. jadi, x perlu orang lain sebok2 memperlekeh ketidaksempurnaan aku. "ya! saya ada masalah rendah diri yang kronik!". tapi alhamdulillah. aku semakin dapat atasi masalah tu. sebab makcik aku kata, "no mattet what u wear, how fat u are, how ugly u are, ull be sexy and beautiful when u go daring and confident!".  jadi, hanya perlu jadi berani dan yakin dengan diri anda okayy.

manusia ini kan saling melengkapi, jadi, kalau kau ada rasa tanggungjawab, penuhkan jiwa dan tidak kesempurnaan orang lain terutama orang2 yang penting dalam hidup kauorang. mama, papa, kakak, adik2, kawan2 dan mungkin kekasih. bila mereka rasa dipenuhi,, mungkin kau boleh tolong mereka untuk tidak menjadi orang lain. kata Oscar Wilde, "Be yourself. anyone else are already taken."

hee. aku menulis ni, dengan berbekal pengalaman dan mentaliti kawan2 yang banyak bantu aku dalam membina dan mencari identiti diri yang aku akan pastikannya menarik dan berwarna warni. tak mahu la jadi anak CONFUSE. anak confuse itu sesuai untuk adik aku aja. sebab dia baru awal remaja. haha.

p/s: kalau masih pening dan tak tahu nak jadi confident,, google for the tutorials. he   :))))

1 comment:

nur 'afifah :) said...

you r sexy..!!
hehe.. :)