Friday, July 9, 2010

HAI

akhirnya. ada jugak mood dan idea nak update blog ni. dah lama betul x update. sepanjang cuti semester 3 bulan ni, sepanjang  tu lah x ada mood langsung nak update. yang betul2 rajin update, MEYL dengan HANA ajalah nampaknya. hee


cuti ni, masing2 ada aktiviti sendiri. kalau HANA, cuti ni,, x penat2 merempit dengan kawan2 dia kat manjung tu. MEYL pulak,, tak bosan2 berintenet, entah apa dia buat pun aku x tau. DAYAH pulak, sibuk belajar bersolek di McDonalds. hahaha. 
*pelik agaknya muka dayah kalau dah dicalitkan mekap kan? haha


aku pulak. sepanjang 3 bulan ni,, ada jugak aktiviti yang sihat aku buat. tapi nampaknya macam yang tak sihat tu lagi banyak je. bulan pertama duduk rumah. bulan kedua kerja di Burger King cawangan Skudai. Bulan ketiga, duduk rumah semula. Actually x sampai sebulan pun aku kerja. malas. haha. tp sebenarnya, bes jugak kerja kat situ. fun. tp bila dengan sesetengah krew ajalah. ada krew yang belagak. ada yang kelakar. ada yang sombing. ada yang kuat memerli. ada yang selenga. ada yang kuat membangkang (tapi x berani cakap depan2). ada yang talam dua muka. ada yang rajin. ada yang malas. ada yang kuat ponteng. ada yang kuat mengumpat. ada yang gatal nak mampus. ada yang selalu berkhayak. ada yang suka menunding jari. senang cerita,, macam2 orang aku jumpa.


itu baru krew yang berapa kerat aja tuh. belum masuk lagi perangai2 pelik costumer. ada yang kedekut. ada yang cerewet, ada yang pekak bisu. ada yang miskin. ada yang kaya. ada yang belagak sombong. ada yang sanagt humble. ada jugak pak aji yg asyik nak marah2. ada yang muka ketat. ada mat salleh. ada juga melayu celup (mat saleh. tapi fasih berbahasa melayu *buat penat aku speaking aja) ada yang selalu datang dan tiap kali itu, dia akan pakai baju yang sama dan makan menu yang sama. haha. macam2 ok. itu belum masuk kes, pelanggan yang nak burger dipotong dua, sebelah nak mayonis, sebelah lagi tak nak. he. memang bes kalau kita perhatikan manusia2 ni.


ini pengalaman yang sangat seronok rasanya. minda dan fikiran aku lebih matang dan terbuka bila dah jumpa banyak2 orang macam ni. lepas ni, dah tak takut la kot kalau jumpa & bercakap dengan orang sekeliling. lebih confident rasanya. tak sabar rasa nak mula semester baru ni walau pun rasa takut sebab semester lepas dapat result teruk. tapi, bila dikenangkan tentang asrama BUNGA RAYA tu, rasa malas yang tersangat. aduhhh. betul malas ni. tapi mungkin ada hikmah disebalik semua ni kan. dan jangan risau. aku ada kawan2 kat sana. wee.


bye :)

No comments: